Program Jangkauan Komuniti

Penganjuran program jangkauan komuniti yang berpusat pada celik kewangan, perkhidmatan pro-bono, perundingan perancangan kewangan Islam serta mempromosi mikrotakaful dan produk segmen kurang upaya.

Program bagi menyantuni komuniti samada di kampus, sekolah, bandar mahupun pinggir bandar. Fokus utama adalah memastikan setiap individu mendapat peluang yang sama dalam memperolehi kesejahteraan kewangan menerusi takaful.

27 Jan 2026
Program Jangkauan Komuniti

siri 5 podcast literasi kewangan: mitos atau fakta mengenai takaful

Siri Terakhir Podcast Literasi Kewangan sempena Do It Fest 2024 yang dianjurkan Social Takaful Fund IBS UUM menampilkan Dr Noraziah Che Arshad, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM dengan tajuk "Mitos atau Fakta Mengenai Takaful". Sesi podcast dikendalikan oleh pelajar Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam di bawah seliaan Pensyarah IBS UUM En Saharudin Shakrani.
Podcast ini berjaya meraih hampir 7612 views menerusi platform TikTok dan Youtube (Januari 2025). Rakaman penuh podcast boleh dilayari di pautan berikut:
20 Dec 2025
Program Jangkauan Komuniti

karnival kewangan islam dan pengurusan halal 2025 @ lubuk sireh perlis

Literasi kewangan merupakan asas kemahiran yang perlu dimiliki supaya seseorang bijak mengurus kewangan serta mampu meningkatkan kekayaan dan ekonomi diri dan keluarga. Sehubungan itu Social Takaful Fund (STF) dan Islamic Business School (IBS) menganjurkan Karnival Kewangan Islam dan Pengurusan Halal 2025 di FELCRA Lubuk Sireh, Perlis pada 20 Disember 2025.

Program yang dirasmikan oleh Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin Pengerusi Lembaga Pengarah FWD Takaful merangkap Prof Adjung IBS UUM dihadiri oleh 400 peserta yang terdiri dari warga FELCRA Lubuk Sireh dan pelajar serta staf UUM. Karnival ini menghimpunkan 12 agensi dalam memberi kesedaran kewangan seperti simpanan, pelaburan, takaful dan persaraan. Dana Sosial Takaful tampil sebagai penganjur utama karnival ini di samping mengadakan permainan interaktif kewangan kepada peserta karnival.

Pelbagai pameran serta taklimat diadakan dengan penyertaan dari agensi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, ASNB, YAPEIM , PTPTN, RHB Bank, RHB Investment Bank dan YAWATIM. Ia turut disertai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (Jualan Rahmah & Pameran), Kementerian Kesihatan (Pemeriksaan Kesihatan), Jabatan Agama Islam Perlis (Pameran Halal) serta CelcomDigi (Promosi Simkad) dalam karnival ini. Menerusi program ini juga kesedaran literasi kewangan dapat disebarluaskan ke FELCRA dan peserta dapat mengambil manfaat dari penglibatan pelbagai agensi yang berkaitan dengan perancangan kewangan.

#socialtakafulfund

#stfcommunityengagement

#stfeducationalempowerment

11 Dec 2025
Program Jangkauan Komuniti

kempen kesedaran kewangan @ hari terbuka panel penasihat klinik changlun

Social Takaful Fund (STF) IBS UUM menyertai program komuniti Hari Terbuka Panel Penasihat Klinik Changlun yang dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Changlun pada 11 Disember 2025 di Klinik Kesihatan Changlun Kedah. Pelbagai aktiviti seperti ceramah, pameran, jualan, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain diadakan dalam memberi kesedaran kepada pengunjung mengenai kepentingan penjagaan kesihatan & perancangan kewangan. Social Takaful Fund (STF) menyampaikan mesej kesedaran kewangan menerusi permainan interaktif & kuiz kewangan.

Program yang turut disertai agensi seperti AADK, TH, Prudential Takaful, SSPN, LZNK, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Muzium Pengurusan UUM, Majlis Professor UUM dan lain-lain menyantuni hampir 400 pengunjung di hari terbuka ini.

#socialtakafulfund

#stfcommunityengagement

 

28 Nov 2025
Program Jangkauan Komuniti

tokoh kewangan sosial islam di isf2025

Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM dengan kerjasama Social Takaful Fund telah menganjurkan Simposium Antarabangsa Kewangan Sosial Islam (ISF2025) pada 28-29 Oktober 2025. Program yang menghimpunkan 150 orang peserta yang terdiri dari ahli akademik, pihak industri, pelajar dan usahawan ini dilansungkan di EDC Hotel dan Resort Sintok Kedah.

Peserta berpeluang menimba pengalaman dari 6 sesi ucaptama yang menampilkan Puan Dafinah Ahmed Hilmi (Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank), Prof Dr Selamah Maamor (Dekan IBS UUM) Ustaz Mohamad Suhaidi Saad (Ketua Pegawai Agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah) dan Tn Hj Abdul Rashid Chema (Pengerusi Koperasi Ibn Affan Thailand) yang menyentuh tentang bidang masing-masing.

Peserta juga berpeluang menimba ilmu usahawan dari penceramah selebriti Ustaz Firdaus Farabib dan Ieza Yusof @ Mak Jerung yang mendedahkan pengalaman luas mereka menguruskan perniagaan serta pada masa yang sama menyebarluas manfaat perniagaan kepada masyarakat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada peserta dalam memastikan kesejahteraan masyarakat menerusi integrasi kewangan sosial Islam dan pembangunan komuniti.

#socialtakafulfund

#stfeducationalempowerment

#stfcommunityengagement

14 Nov 2025
Program Jangkauan Komuniti

program subsidi takaful: kerjasama strategik malaysian takaful association & dana sosial takaful

Malaysian Takaful Assocation (MTA) dengan kerjasama Social Takaful Fund (STF) IBS UUM mengadakan kempen kesedaran perancangan takaful sempena Karnival Celik Kewangan Pulau Pinang 2025 anjuran Bank Negara Malaysia pada 14-16 November 2025.

Program yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan dihadiri Gabenor Bank Negara Malaysia ini menghimpunkan pelbagai institusi kewangan di Malaysia bagi mendedahkan masyarakat mengenai literasi kewangan menerusi penganjuran program ceramah, pameran, kuiz dan lain-lain lagi. Social Takaful Fund diwakili pelajar dan pensyarah bersama MTA bekerjasama dalam mempromosikan Program Baucer Perlindungan Tenang 3.0 (PTV) kepada golongan sasaran. Inisatif PTV oleh kerajaan Malaysia ini menyediakan subsidi RM30 kepada penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menerusi produk mikrotakaful yang bermula dari RM10,000 perlindungan dengan sumbangan serendah RM50 setahun.

Semoga kerjasama strategik ini dapat meningkatkan kesedaran kepentingan takaful dalam memastikan kesejahteraan sosial dan kewangan masyarakat.

#socialtakafulfund

#stfcommunityengagement

#stfeducationalempowerment

#mta

#Takaful4All

28 Oct 2025
Program Jangkauan Komuniti

simposium antarabangsa kewangan sosial islam 2025 (isf2025)

Islamic Business School (IBS) UUM komited dalam memastikan agenda kesejahteraan sosial masyarakat dapat ditingkatkan menerusi program literasi kewangan. Ia juga disokong oleh misi besar Social Takaful Fund dalam keterangkuman kewangan menerusi pemerkasaan golongan yang terpinggir dari arus kewangan perdana.

Sehubungan itu Islamic Business School (IBS) UUM menganjurkan Simposium Antarabangsa Kewangan Sosial Islam 2025 (ISF2025) pada 28-29 Oktober 2025 di EDC Hotels & Resorts Sintok Kedah. ISF2025 adalah kesinambungan ISF2023 yang menghimpunkan penggerak kewangan sosial dari industri perbankan, zakat, Ar-Rahnu serta pemasaran perniagaan untuk berkongsi pengalaman di hadapan ratusan usahawan SME, pelajar, ahli akademik, peserta industri dari Malaysia dan luar negara.

ISF2025 mendapat sokongan Social Takaful Fund (STF), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Hong Leong Islamic Bank (HLISB), Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM). Ia dijangka melibatkan penyertaan 150 peserta, di mana seramai 80 peserta adalah terdiri dari usahawan asnaf serta siswa dari institusi pengajian tinggi di Malaysia bagi memastikan misi kewangan sosial sampai kepada golongan sasaran.

#socialtakafulfund

#stfeducationalempowerment

#stfcommunityengagement

28 Oct 2025
Program Jangkauan Komuniti

tokoh kewangan sosial islam di isf2025

Islamic Business School (IBS) UUM dengan kerjasama Social Takaful Fund telah menganjurkan Simposium Antarabangsa Kewangan Sosial Islam (ISF2025) pada 28-29 Oktober 2025. Program yang menghimpunkan 150 orang peserta yang terdiri dari ahli akademik, pihak industri, pelajar dan usahawan ini dilangsungkan di EDC Hotels dan Resorts, Sintok, Kedah.

Peserta berpeluang menimba pengalaman dari 6 sesi ucaptama yang menampilkan Puan Dafinah Ahmed Hilmi (Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank), Prof Dr Selamah Maamor (Dekan IBS UUM) Ustaz Mohamad Suhaidi Saad (Ketua Pegawai Agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah) dan Tn Hj Abdul Rashid Chema (Pengerusi Koperasi Ibn Affan Thailand) yang menyentuh tentang bidang masing-masing.

Peserta juga berpeluang menimba ilmu usahawan dari penceramah selebriti Ustaz Firdaus Farabib dan Ieza Yusof @ Mak Jerung yang mendedahkan pengalaman luas mereka menguruskan perniagaan serta pada masa yang sama menyebarluas manfaat perniagaan kepada masyarakat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada peserta dalam memastikan kesejahteraan masyarakat menerusi integrasi kewangan sosial Islam dan pembangunan komuniti.

#socialtakafulfund

#stfeducationalempowerment

#stfcommunityengagement

22 Oct 2025
Program Jangkauan Komuniti

impak kerjasama social takaful fund ibs uum & kwsp

Kerjasama antara Social Takaful Fund (STF) IBS UUM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak tahun 2024 menerusi penganjuran program kesedaran perancangan persaraan di kalangan staf, pelajar dan masyarakat mendapat pengiktirafan dari KWSP Wilayah Utara. Universiti Utara Malaysia (UUM) serta anak syarikat UUM Property Sdn Bhd (UPSB) menerima anugerah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Negeri Kedah pada Majlis Pengiktirafan Majikan Terbaik 2025.

Anugerah Majikan Terbaik Kategori 500-1000 pekerja diberikan kepada UUM bagi menghargai kerjasama UUM-KWSP manakala Anugerah Majikan Voluntary Excess Tertinggi diberikan kepada UPSB atas komitmen tinggi staf dalam caruman KWSP. Majlis yang diadakan di Hotel Park Avenue Sungai Petani pada 22 Oktober 2025 dirasmikan oleh En Jeffary Mohamed Isa, Pengarah KWSP Wilayah Utara serta dihadiri oleh Yang Berbahagia Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Dr. Mohd Fo’ad Sakdan mewakili Universiti Utara Malaysia dan Pengurus Besar, En Ahmad Yani Kasim mewakili UPSB.

KWSP dan UUM menerusi Social Takaful Fund (STF) IBS UUM telah menjalinkan kerjasama dalam penganjuran bengkel perancangan persaraan kepada hampir 1,200 pelajar dan staf di dalam kampus sejak tahun 2024. Program ini juga diperluaskan kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi serta komuniti di seluruh Kedah bagi memastikan kempen kesedaran kewangan ini dapat mencapai matlamatnya.

Social Takaful Fund (STF) dan UPSB menjalinkan kerjasama dengan KWSP dalam memberi kesedaran perancangan persaraan kepada 470 staf UPSB pada Mei 2025. Program ini berjaya mendaftarkan 70 peserta FWD Takaful I-Lindung serta lebih 100 staf yang membuat penambahan caruman sukarela hingga menobatkan UPSB untuk menerima Anugerah Majikan Voluntary Excess Tertinggi bagi tahun 2025.

#socialtakafulfund

#stfeducationalempowerment

#stfcommunityengagement

09 Oct 2025
Program Jangkauan Komuniti

festival of ideas (foi) kedah 2025

Social Takaful Fund (STF) & Institute of Halal Management (IHM) IBS UUM menyertai program Festival of Ideas (FOI) Kedah anjuran UUM di Dewan MAS UUM pada 9-11 Oktober 2025. Program menghimpunkan lebih 40 agensi bagi mempamer inovasi & aktiviti yang dijalankan kepada peserta festival.

Reruai Social Takaful Fund memfokus kepada aktiviti komuniti dan penyelidikan yang dijalankan oleh Social Takaful Fund di samping mempamerkan barangan batik yang dihasilkan oleh Penduduk Kg Lebai Saman Naka yang menjadi sebahagian dari projek komuniti Social Takaful Fund. Manakala reruai Institute of Halal Management mempamerkan aktiviti serta latihan yang dijalankan serta menyelitkan permainan interaktif halal untuk pengunjung FOI Kedah 2025.

Jom ke FOI Kedah 2025.

#socialtakafulfund

#stfeducationalempowerment

#stfcommunityengagement

04 Oct 2025
Program Jangkauan Komuniti

program santai bersama komuniti kg bukit berangan, sik, kedah

Social Takaful Fund IBS UUM bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Wilayah Utara menganjurkan Program Santai Bersama Komuniti Kg Bukit Berangan, Sik, Kedah pada 4 Oktober 2025. Program yang memfokus kepada kesedaran kewangan serta khidmat komuniti ini menghimpunkan hampir 600 peserta sekitar Sik.

Pelbagai kempen kesedaran kewangan & sumbangan telah disampaikan oleh agensi seperti BSN, SSPN, TNB, YAPEIM, Adabi dan lain-lain. Pada program ini juga, Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM, Prof Dr Selamah Maamor menyampaikan sumbangan tunai & barangan kepada 5 pelajar asnaf sebagai sebahagian dari usaha pembangunan komuniti IBS.

#socialtakafulfund

#stfcommunityengagement

20 May 2025
Program Jangkauan Komuniti

hari celik kewangan (hack) bersama pnb & asnb

Social Takaful Fund IBS UUM ditubuhkan dengan agenda memperkasakan komuniti dengan ilmu pengurusan kewangan dan antara perkara yang perlu diberi penekanan ialah aspek pengurusan pelaburan. Program Hari Celik Kewangan (HACK) merupakan salah satu inisiatif STF IBS dalam memperkasakan kefahaman masyarakat terhadap pengurusan kewangan melalui usahasama dengan agensi dan institusi kewangan berkaitan.

Program HACK telah dianjurkan bersama Permodalan Nasional Berhad Berhad serta Amanah Saham Nasional Berhad pada 20 Mei 2025 menumpukan kepada aspek perancangan pelaburan bagi mendidik masyarakat dan pelajar tentang ilmu pelaburan yang betul. Antara pengisian program adalah Bengkel Bicara Maqasid PNB yang menghimpunkan hampir 230 pelajar program Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam UUM serta staf UUM.

#socialtakafulfund

#stfcommunityengagement

23 Mar 2025
Program Jangkauan Komuniti

taklimat pengurusan risiko dan persaraan bersama uum holdings

Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) Universiti Utara Malaysia dan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan & Perbankan (SEFB) Universiti Utara Malaysia dengan sokongan KWSP Wilayah Utara mengadakan kerjasama dalam memberi kesedaran pengurusan risiko dan persaraan kepada staf UUM Holdings dalam program Taklimat Pengurusan Risiko dan Persaraan Bersama UUM Holdings pada 23 Mac 2025 & 25 Mac 2025 di kampus UUM.

Taklimat yang yang disampaikan oleh pensyarah IBS & SEFB UUM serta penceramah KWSP berjaya menghimpunkan 430 staf UUM Holdings. Peserta secara keseluruhan menzahirkan perhargaan kepada penganjur kerana berkongsi maklumat berkaitan pengurusan risiko dan produk KWSP I-Lindung FWD Takaful yang boleh diakses menerusi aplikasi KWSP.

Melalui kerjasama yang dibawa oleh Social Takaful Fund ini, seramai 70 peserta takaful berjaya didaftarkan dalam produk KWSP I-Lindung FWD Takaful dan 100 peserta mendaftar transaksi tambahan 1% potongan caruman KWSP. Semoga program ini memberi kesedaran pengurusan risiko serta perancangan persaraan dalam diri peserta dan serta mampu meningkatkan sosio ekonomi mereka.

26 Feb 2025
Program Jangkauan Komuniti

hari celik kewangan (hack) @ unishams

Social Takaful Fund IBS UUM mengambil inisatif mengadakan Hari Celik Kewangan (HACK) di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) pada 26 Februari 2025 kepada 120 pelajar di kampus UniSHAMS Kuala Ketil. Bengkel anjuran bersama UniSHAMS dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini dikendalikan oleh Dr Zairol Azhar Auzzir, Pensyarah Kanan UUM dan Puan Izyan Liana, Pegawai KWSP Sungai Petani.

Bengkel ini mendedahkan peserta mengenai perancangan takaful serta memberi kesedaran mengenai perancangan persaraan di awal usia. Semoga penganjuran bengkel ini membuka minda peserta mengenai realiti kewangan yang memerlukan kepada perancangan kewangan awal agar tidak berhadapan dengan masalah kewangan pada masa hadapan.

#socialtakafulfund

#stfcommunityengagement

25 Feb 2025
Program Jangkauan Komuniti

bengkel rahsia bank: bijak dalam pengurusan pembiayaan

Kehidupan masakini banyak bergantung kepada pembiayaan dari bank samada dalam pemilikan kereta, rumah atau kegunaan lain. Kesan pengurusan pembiayaan yang tidak baik menyebabkan individu terjebak dengan perangkap hutang. Sehubungan itu bagi mendedahkan peserta kepada pengurusan pembiayaan yang baik Social Takaful Fund IBS UUM telah menganjurkan Bengkel Rahsia Bank: Bijak Dalam Pembiayaan pada 25 Februari 2025 kepada 25 peserta di UUM.

Bengkel yang dikendalikan oleh En Osman Shahrudin, Pengurus MBSB Bank Kangar telah berkongsi kaedah dalam memohon pembiayaan dan merancang pembiayaan. Semoga penganjuran bengkel ini dapat melahirkan individu yang cakna mengenai pengurusan pembiayaan yang baik dalam memastikan kesejahteraan kewangan pada masa hadapan

#socialtakafulfund

#stfcommunityengagement

16 Feb 2025
Program Jangkauan Komuniti

bengkel bedah sijil takaful

Kepelbagaian produk perlindungan takaful menjadikan pasaran takaful semakin dinamik kerana setiap produk kadangkala mempunyai ciri yang berbeza. Sehubungan itu, Social Takaful Fund IBS UUM mengambil inisatif mengadakan Bengkel Bedah Sijil Takaful pada 16 Februari 2025 bagi menjelaskan perbezaan ciri produk takaful kepada 20 staf pentadbiran dan pensyarah.

Bengkel yang dikendalikan oleh Dr Zairol Azhar Auzzir dan Dr Amar Yasier Razli Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan UUM menghuraikan ciri perlindungan yang disediakan oleh pengendali takaful berdasarkan pelan perlindungan yang peserta miliki. Menerusi program ini ia memberi kesedaran kepada peserta manfaat yang dimiliki dalam sijil takaful serta membolehkan mereka merancang perlindungan takaful yang lebih menyeluruh pada masa hadapan.

#socialtakafulfund

#stfcommunityengagement

27 Jan 2025
Program Jangkauan Komuniti

siri 4 podcast literasi kewangan: wasiat hibah (pra & pasca pewarisan)

Siri 4 Podcast Literasi Kewangan dengan topik "Wasiat Hibah (Pra & Pasca Pewarisan)" menampilkan Dr Nasri Naimi, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM dan juga pengarang buku "Pengurusan Pusaka Islam, Wasiat dan Hibah di Malaysia: Isu dan Aplikasi". Sesi podcast dikendalikan oleh pelajar Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam di bawah seliaan Pensyarah IBS UUM En Saharudin Shakrani sempena Do It Fest 2024 anjuran Social Takaful Fund.
Podcast ini berjaya meraih hampir 11605 views menerusi platform TikTok dan Youtube (Januari 2025). Rakaman penuh podcast boleh dilayari di pautan berikut:
14 Jan 2025
Program Jangkauan Komuniti

siri 3 podcast literasi kewangan: takaful: kesedaran mahasiswa & trend pasaran global

Siri 3 Podcast Literasi Kewangan Social Takaful Fund menampilkan Cik Nurain Salleh, Perunding Pewarisan Harta bagi berkongsi pengalaman berkaitan topik "Takaful: Kesedaran Mahasiswa & Trend Pasaran Global". Sesi podcast dikendalikan oleh pelajar Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam di bawah seliaan Pensyarah Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM En Saharudin Shakrani.
Podcast ini berjaya meraih hampir 25,109 views menerusi platform TikTok dan Youtube (Januari 2025). Rakaman penuh podcast boleh dilayari di pautan berikut:
12 Jan 2025
Program Jangkauan Komuniti

siri 2 podcast literasi kewangan: strategi perancangan harta pusaka dan pelaburan dalam kerangka islam

Social Takaful Fund mempersembahkan Siri 2 Podcast Literasi Kewangan yang menampilkan Dr Amirul Haqeem Abd Ghani, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM dengan tajuk "Strategi Perancangan Harta Pusaka dan Pelaburan dalam Kerangka Islam" sempena Do It Fest 2025. Sesi podcast dikendalikan oleh pelajar Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam di bawah seliaan Pensyarah IBS UUM En Saharudin Shakrani.
Podcast ini berjaya meraih hampir 7,596 views menerusi platform TikTok dan Youtube (Januari 2025). Rakaman penuh podcast boleh dilayari di pautan berikut:
03 Jan 2025
Program Jangkauan Komuniti

siri 1 podcast literasi kewangan: emas solusi terbaik inflasi

Bersempena Do It Fest 2024, Social Takaful Fund IBS UUM telah melancarkan 5 Siri Podcast Literasi Kewangan bagi mempromosikan kesedaran kewangan di kalangan masyarakat.
Siri 1 Podcast menampilkan En Muhammad Syarifuddin, Naib Presiden PUBLIC GOLD MALAYSIA bagi berkongsi pandangan berkaitan tajuk “Emas Solusi Terbaik Inflasi”. Sesi podcast dikendalikan oleh pelajar Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam UUM bawah kendalian Pensyarah Pusat Pengajian Perniagaan Islam, En Saharudin Shakrani.
Podcast ini berjaya meraih 11,314 view menerusi platform TikTok dan Youtube (Januari 2025). Rakaman penuh podcast boleh dilayari di pautan berikut:
#socialtakafulfund
#stfstudentempowerment
#FWDTakaful
#publicgold
10 Dec 2024
Program Jangkauan Komuniti

do it fest 2024 tingkat kesedaran pengurusan kewangan

Program tahunan Do It Fest kerjasama UUM dan FWD Takaful sejak tahun 2022 mempunyai misi besar literasi kewangan. Ia bertujuan menyampaikan konten kewangan dalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk konvensional (kelas) dan dalam bentuk interaktif serta santai.

Sehubungan itu, Do It Fest 2024 kembali untuk tahun ini bagi mendedahkan warga kampus dan masyarakat awam mengenai pengurusan kewangan dengan penglibatan pelbagai institusi dan agensi. Ia melibatkan kerjasama antaranya FWD Takaful (perancangan takaful), KWSP (perancangan persaraan), Public Gold & ASNB (pelaburan), SSPN (perancangan pendidikan), Lembaga Zakat Negeri Kedah (zakat) dan lain-lain agensi. Hampir 700 peserta mendapat banyak manafaat dari kempen dan penerangan yang disampaikan oleh agensi terlibat.

Pelbagai jenis permainan kewangan, ceramah kewangan serta pameran dari institusi kewangan telah diadakan di perkarangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM. Program Minggu Literasi Kewangan pada 10-11 Disember 2024 sempena Do It Fest 2024 berjaya memberi kesedaran perancangan persaraan dan kesedaran pelaburan unit amanah kepada peserta. Hampir 250 ahli KWSP baru yang terdiri dari staf dan pelajar didaftarkan semasa program ini yang kebanyakannya adalah yang melabur secara sukarela dalam KWSP dan 80 peserta yang mendaftar dan mengemaskini akaun pelaburan di kaunter ASNB. Pada masa yang sama UUM bekerjasama dengan KWSP untuk melancarkan Kad Touch n Go edisi khas UUM-KWSP bagi menggalakkan ramai lagi warga kampus dan masyarakat awam membuat perancangan persaraan.

#socialtakafulfund
#ibsuum
#FWDTakaful
#stfcommunityoutreach
#stfstudentempowerment

09 Dec 2024
Program Jangkauan Komuniti

bengkel kepimpinan & literasi kewangan pelajar sekolah simpang tiga alor setar

Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga Alor Setar merupakan sekolah kurang murid yang terletak di tengah bandar Alor Setar. Dengan jumlah keseluruhan murid kurang dari 200 orang, adalah menjadi cabaran besar buat tenaga pengajar di sekolah berkenaan membentuk murid dengan majoriti pelajar terdiri dari keluarga berpendapatan rendah serta kekurangan dari segi fasiliti dan sokongan kewangan.

Sehubungan itu Dana Sosial Takaful , Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) mengambil inisatif mengadakan Bengkel Kepimpinan dan Literasi Kewangan untuk 54 pelajar sekolah berkenaan di kampus UUM pada 9 hingga 11 Disember 2024. Program yang diadakan pada Minggu Literasi Kewangan mendedahkan pelajar mengenai kepimpinan dan ilmu kewangan. Para pelajar juga dibawa ke pameran dan permainan kewangan yang diadakan sempena Do It Fest 2024. Pelajar menginap di Inasis Bank Rakyat UUM serta dibawa melawat Perpustakaan UUM dan Muzium Pengurusan dan Anjung Tamu UUM bagi merasai pengalaman berada dalam kampus.

Para pelajar memberi respon yang baik dalam program ini dan kebanyakan mereka bermotivasi menyambung pengajian di UUM pada masa akan datang hasil dari penganjuran program ini.

#socialtakafulfund
#ibsuum
#FWDTakaful
#stfstudentempowerment

12 Nov 2024
Program Jangkauan Komuniti

persediaan memasuki dunia pekerjaan

Memasuki dunia pekerjaan memerlukan persediaan rapi dari sudut kemahiran, sikap dan pengetahuan. Dana Sosial Takaful berkerjasama dengan persatuan pelajar Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) dalam menganjurkan bengkel persediaan memasuki dunia pekerjaan kepada pelajar tahun akhir UUM.

Bengkel ini diadakan pada 12 November 2024 bertempat di DKG6 UUM dengan menampilkan Wan Intan Suhaila Wan Ahmad Ridzuan Pengarah Risiko Bukan Kewangan FWD Takaful. Program di bawah kendalian Dr Solehuddin Shuib Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar IBS membuka ruang kepada 170 peserta dalam mempelajari dari pengamal industri mengenai kepentingan perancangan pekerjaan, penyediaan resume, ciri calon berjaya dan tips pekerja cemerlang.

Program ini diharap dapat membantu peserta dalam penyediaan resume serta perancangan dalam memohon pekerjaan samada dalam sektor swasta mahupun sektor kerajaan.

#makmalsosialtakaful
#socialtakafulfund
#ibsuum
#FWDTakaful

05 Nov 2024
Program Jangkauan Komuniti

perancangan persaraan & takaful bersama kwsp

Perancangan persaraan adalah aspek penting dalam perancangan kewangan kerana ia menentukan kesejahteraan kewangan individu semasa alam persaraan. Sehubungan itu Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM menerusi Dana Sosial Takaful telah menjalin kerjasama dengan FWD Takaful dan KWSP bagi memberi nilai tambah kepada pelajar dalam mendedahkan pengalaman sebenar dalam perancangan kewangan.

Satu bengkel berkaitan KWSP dan KWSP I Lindung FWD Takaful telah diadakan pada 5 November 2024, bagi memberi penerangan kepada 170 peserta mengenai peranan KWSP, kepentingan mendaftar sebagai ahli KWSP serta kelebihan perlindungan KWSP I Lindung FWD Takaful.

Menerusi kerjasama ini peserta berpeluang mempelajari produk yang ditawarkan oleh kedua institusi ini yang boleh disebarluaskan kepada masyarakat tentang kepentingan perancangan persaraan dan takaful. Pihak KWSP juga telah berjaya mendaftar 120 orang peserta sebagai ahli baru KWSP yang menjadi membolehkan mereka merancang persaraan dan takaful dari awal untuk masa hadapan.

 

#makmalsosialtakaful
#socialtakafulfund

#ibsuum
#FWDTakaful
#kwsp

10 Oct 2024
Program Jangkauan Komuniti

kerjasama strategik kewangan sosial bersama politeknik

Kewangan sosial merupakan inisatif kewangan komprehensif yang bukan sahaja melihat kepada faktor kewangan semata-mata namun menekankan juga pembangunan seimbang dalam sesebuah masyarakat. Usaha murni ini perlu digerakkan secara bersama pelbagai pihak bagi memastikan impak kewangan sosial dapat dirasai oleh sebahagian besar masyarakat. Sehubungan itu bagi memastikan keberkesanan program kewangan sosial yang dijalankan, Dana Sosial Takaful memperluaskan kerjasama dengan institusi pengajian lain dalam bersama-sama membawa misi kewangan sosialnya.

Pada 10 Oktober 2024, Dana Sosial Takaful menerima lawatan dari Politeknik Seberang Perai yang diketuai oleh Ketua Jabatan Perdagangan dan 4 pensyarah pengiring. Pertemuan yang berlangsung dipengerusikan oleh PM Dr Norazlina Abd Wahab Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) memfokus kepada kerjasama strategik UUM dan Politeknik dalam projek kewangan sosial yang akan dijalankan menerusi Dan Sosial Takaful.

Beberapa inisatif dalam membantu usahawan dan menyebarluas kesedaran takaful telah dirangka menerusi perkongsian kepakaran dan sumber yang dimiliki oleh kedua institusi ini. Semoga inisatif kewangan sosial yang diperjuangkan dapat melahirkan masyarakat yang celik literasi kewangan.

 

#makmaldatasosial
#socialtakafulfund
#IBSUUM
#PoliteknikSeberangPerai
#FWDTakaful

09 Oct 2024
Program Jangkauan Komuniti

keusahawanan sosial bersama cedi uum

Institusi Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) UUM merupakan institusi yang bertanggungjawab membimbing usahawan dari kalangan orang awam mahupun pelajar UUM dalam bidang perniagaan. Pelbagai aktiviti yang melibatkan usahawan telah dijalankan oleh CEDI  sejak sekian lama sehingga menerima pengiktirafan dari pelbagai pihak samada di peringkat nasional mahupun luar negara. Pengalaman CEDI dalam menguruskan aktiviti keusahawanan menjadi pendorong kepada Dana Sosial Takaful menjalinkan kerjasama dalam membangunkan bersama aktiviti keusahawan sosial.

Sehubungan itu, Dana Sosial Takaful telah mengadakan lawatan ke pejabat CEDI pada 9 Oktober 2024 bagi meneroka kerjasama dalam bidang keusahawanan sosial. Pertemuan ini dipengerusikan oleh PM Dr Shazida Jan Pengarah CEDI bersama timbalan pengarahnya.

 

Beberapa inisiatif melibatkan pelajar telah dibincangkan dan perkongsian sumber yang terdapat di kedua institusi akan dimanfaatkan bersama untuk memperkasakan aktiviti keusahawanan sosial. Pada masa yang sama delegasi juga berkesempatan meninjau kemudahan di bilik podcast keusahawan CEDI yang mempromosikan aktiviti keusahawanan dan perniagaan yang dijalankan oleh pelajar.

#makmaldatasosial
#socialtakafulfund
#IBSUUM
#CEDIUUM
#FWDTakaful

05 Dec 2023
Program Jangkauan Komuniti

program semarak kasih

Satu program bersama komuniti “Program Semarak Kasih” telah disertai oleh penyelidik Geran Dana Sosial Takaful (STF) yang diketuai oleh Dr Noraini Yusuff di Dewan SK Bandar Baru Sintok pada 5 Disember 2023. Program yang mendapat kerjasama SMK Bandar Baru Sintok dan PDK Changlun Kedah, menumpukan kepada penganjuran aktiviti seperti sukan, taklimat serta permainan untuk pelajar pendidikan khas,

Program yang mengumpulkan lebih 100 orang pelajar serta guru dari tiga institusi pendidikan ini memberi pendedahan kepada masyarakat dan kumpulan penyelidik mengenai proses pembelajaran kanak-kanak keperluan khas serta cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak keperluan khas. Para penyeldik juga menggunakan platform ini bagi berkongsi mengenai perlindungan takaful yang ditawarkan oleh FWD Takaful menerusi subsidi caruman yang disediakan oleh Dana Sosial Takaful.

25 Nov 2023
Program Jangkauan Komuniti

program komuniti “shine & bright day”

Satu program bersama komuniti telah disertai oleh penyelidik Geran Dana Sosial Takaful - We Care yang diketuai oleh Dr Noraini Yusuff pada 25 November 2011 di Dewan Serbaguna ILP Kangar Perlis. Program “Shine & Bright Day” anjuran Sunshine Therapy & Rehab Services ini menumpukan kepada pembangunan diri kanak-kanak keperluan khas seperti Autism Spectrum Disorder, Tourette's Syndrome @ Attention-Deficit Hyperactivity Disorder dan lain-lain. Program ini yang dipenuhi dengan acara sukan, taklimat dan pameran ini berjaya menarik penyertaan 150 orang kanak-kanak, ibubapa serta syarikat luar seperti Mokti’s, Pusat Rawatan Chenang, Yakult dan Marigold.

Program ini memberi makna yang signifikan dalam memupuk kesedaran masyarakat berkaitan anak-anak berkeperluan khas seperti penerimaan masyarakat terhadap mereka dan memberikan sokongan yang penuh terhadap anak-anak berkeperluan khas. Penyertaan dalam program ini memberi pendedahan kepada penyelidik mengenai proses pembelajaran kanak-kanak keperluan khas, terapi yang diperlukan serta cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak keperluan khas. Para penyeldik juga berkongsi mengenai perlindungan takaful SpecialCare Direct yang ditawarkan oleh FWD Takaful serta disokong subsidi caruman yang disediakan oleh Dana Sosial Takaful.

14 Oct 2023
Program Jangkauan Komuniti

focus group discussion siri 2.0 - we care

Bengkel Focus Group Discussion (FGD) diteruskan untuk siri ke 2 dan telah dilaksanakan bersama pihak ibu bapa yang mempunyai anak berstatus kelainan upaya pada 14 Oktober 2023 di Hotel EDC UUM. Bengkel yang diketuai oleh Dr Noraini Yusuff dan ahli penyelidik UUM bagi geran Dana Sosial Takaful ini membincangkan berkenaan tahap keterbatasan setiap anak-anak, kesedaran ibu bapa berkenaan produk-produk takaful atau insurans untuk anak kelainan upaya, kepentingan takaful buat anak-anak, keperluan-keperluan yang perlu ada dalam setiap takaful dan juga harga mampu milik takaful bagi ibu bapa.

Hasil perbincangan mendapati bahawa kebanyakan ibu bapa mempunyai pengetahuan asas berkenaan takaful tetapi tidak tahu berkenaan kewujudan produk takaful buat anak-anak kelainan upaya. Mereka berharap pengendali takaful dapat menawarkan harga yang mampu milik khasnya bagi produk takaful perubatan kerana mereka juga menampung kos yang tinggi untuk menghantar anak-anak ke pusat terapi swasta.

27 Sep 2023
Program Jangkauan Komuniti

focus group discussion siri 1.0 - we care

Satu bengkel Focus Group Discussion (FGD) bersama pihak pentadbiran bagi kategori anak-anak istimewa di Negeri Kedah dan Perlis telah dijalankan di bawah projek penyelidikan Dana Sosial Takaful - We Care diketuai oleh Dr Noraini Yusuff pada 27 September 2023. Antara yang hadir pada FGD berkenaan adalah Penolong Pengarah dan kakitangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah, penyelia di Pusat Pemulihan dalam Komuniti Changlun, Pemilik Sunshine Rehab and Therapy, Kangar, Perlis, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar (Kelas Khas) bagi Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Sintok dan SMK Bandar Baru Sintok serta kakitangan Pusat ILC Permai UUM.

FGD ini telah membincangkan dengan mendalam berkenaan ciri-ciri , keperluan, keterbatasan yang biasa berlaku dan apakah keperluan takaful buat anak-anak kelainan upaya ini. Hasil bengkel FGD mendapati bahawa majoriti yang menghadiri sesi perbincangan ini bersetuju bahawa pentingnya takaful kepada anak-anak kelainan upaya ini atas sebab mereka sangatlah memerlukan penjagaan rapi daripada terapi-terapi yang terlatih dan ibu bapa juga perlu mempunyai kesedaran berkenaan takaful buat anak-anak kurang upaya agar anak-anak ini akan sentiasa terjaga.

31 Jul 2023
Program Jangkauan Komuniti

borak santai: bagaimana & ke mana wang anda - bengkel bijak kewangan dana sosial takaful (stf siri 2)

Dana Sosial Takaful (STF) Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) UUM telah menganjurkan program Borak Santai Pengurusan Kewangan Peribadi pada 31 Julai 2023 bertempat di Bilik Latihan FWD Takaful IBS.
Bengkel Bijak Kewangan STF Siri 1 ini bertujuan mendedahkan peserta tentang pengurusan kewangan serta tips kewangan dalam memaksimakan manfaat kewangan yang kerajaan serta institusi kewangan sediakan. Dr Amirul Haqeem Abd Ghani dari IBS mengendalikan sesi ini dengan berkongsi tips pengurusan kewangan dalam keadaan cabaran ekonomi masakini.
Seramai 17 orang staf dari Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial & UniUtama Property Sdn Bhd telah mengikuti bengkel ini. Bengkel Bijak Kewangan Siri 2 akan diteruskan pada bulan Ogos 2023 yang bakal mengupas topik pengurusan risiko dan perancangan harta.

#makmalsosialtakaful
#socialtakafulfund
#ibsuum
#FWDTakaful

31 Jul 2023
Program Jangkauan Komuniti

bengkel bijak kewangan 1.0 : borak santai pengurusan kewangan

Social Takaful Fund (STF) Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) UUM telah menganjurkan program Borak Santai Pengurusan Kewangan Peribadi pada 31 Julai 2023 bertempat di Bilik Latihan FWD Takaful IBS.
Bengkel Bijak Kewangan STF Siri 1 ini bertujuan mendedahkan peserta tentang pengurusan kewangan serta tips kewangan dalam memaksimakan manfaat kewangan yang kerajaan serta institusi kewangan sediakan. Dr Amirul Haqeem Abd Ghani dari IBS mengendalikan sesi ini dengan berkongsi tips pengurusan kewangan dalam keadaan cabaran ekonomi masakini.
Seramai 17 orang staf dari Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial & UniUtama Property Sdn Bhd telah mengikuti bengkel ini. Bengkel Bijak Kewangan Siri 2 akan diteruskan pada bulan Ogos 2023 yang bakal mengupas topik pengurusan risiko dan perancangan harta.