Berita STF

Simposium Antarabangsa Kewangan Sosial Islam 2025 (ISF2025)

Lokasi : EDC Hotels & Resorts, Sintok, Kedah || Tarikh : 28-10-2025

Placeholder

Islamic Business School (IBS) UUM komited dalam memastikan agenda kesejahteraan sosial masyarakat dapat ditingkatkan menerusi program literasi kewangan. Ia juga disokong oleh misi besar Social Takaful Fund dalam keterangkuman kewangan menerusi pemerkasaan golongan yang terpinggir dari arus kewangan perdana.

Sehubungan itu Islamic Business School (IBS) UUM menganjurkan Simposium Antarabangsa Kewangan Sosial Islam 2025 (ISF2025) pada 28-29 Oktober 2025 di EDC Hotels & Resorts Sintok Kedah. ISF2025 adalah kesinambungan ISF2023 yang menghimpunkan penggerak kewangan sosial dari industri perbankan, zakat, Ar-Rahnu serta pemasaran perniagaan untuk berkongsi pengalaman di hadapan ratusan usahawan SME, pelajar, ahli akademik, peserta industri dari Malaysia dan luar negara.

ISF2025 mendapat sokongan Social Takaful Fund (STF), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Hong Leong Islamic Bank (HLISB), Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM). Ia dijangka melibatkan penyertaan 150 peserta, di mana seramai 80 peserta adalah terdiri dari usahawan asnaf serta siswa dari institusi pengajian tinggi di Malaysia bagi memastikan misi kewangan sosial sampai kepada golongan sasaran.

#socialtakafulfund

#stfeducationalempowerment

#stfcommunityengagement

HyperLink