📍 Institut Pengajian Tinggi |
📅 03 May 2026
57 kali dibaca.
Social Takaful Fund, Islamic Business School terus memperkukuh agenda pemerkasaan literasi kewangan menerusi kerjasama strategik bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Kerjasama ini meliputi penganjuran program Hari Celik Kewangan (HACK) untuk para pelajar di beberapa IPT di Kedah dan Perlis. Ia melibatkan aktiviti ceramah kewangan, pameran, permainan interaktif serta pendaftaran takaful dan akaun i-Saraan KWSP.
Sehubungan itu beberapa siri lawatan dan pertemuan bersama pengurusan IPT berkaitan telah diadakan baru-baru ini oleh delegasi STF IBS UUM yang diketuai oleh En Saharudin Shakrani Pensyarah IBS UUM serta diiringi beberapa pensyarah UUM. Antara IPT yang dilawati adalah UiTM Merbok, UiTM Perlis, UniMAP, Kolej Matrikulasi Kedah, Kolej Matrikulasi Perlis, Institusi Pendidikan Guru Jitra, Institut Pendidikan Guru Perlis serta Politeknik Tuanku Syed Sirajudin Arau.
Penganjuran HACK bakal disertai lebih 4,000 pelajar di 8 IPT terpilih yang akan dijalankan pada Jun-Oktober 2026. Ini membuktikan peranan Social Takaful Fund dalam memperluas jaringan strategik bersama institusi kewangan seperti KWSP demi kesejahteraan sosial dan kewangan masyarakat. Setiap IPT juga menunjukkan komitmen tinggi dalam penganjuran HACK dan program ini berpotensi menjadi model kerjasama terbaik universiti-agensi dalam memperkasa literasi kewangan di Malaysia.
#socialtakafulfund
#stfeducationalempowerment