📍 Menara Takaful Kuala Lumpur |
📅 15 May 2026
56 kali dibaca.
Social Takaful Fund dan Islamic Business School - IBS UUM COB telah menganjurkan Dialog Sinergi Strategik Industri-IBS: Stronger Together Industry – Academia (STIA) bertempat di Bangunan Menara Takaful Kuala Lumpur baru-baru ini. Program ini bertujuan memperkukuh hubungan antara IBS UUM dan industri khususnya dalam bidang kewangan Islam.
Dialog ini disertai oleh En Mohd Radzuan, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Takaful Association (MTA) dan En Kamarul Azman, Ketua Pegawai Eksekutif, MyPusaka Sdn Bhd serta pengurusan tertinggi Hong Leong Islamic Bank (HLIB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB), Al-ISRA Group (AIG) dan SZO Advisory Services.
Prof Dr Selamah Maamor, Penolong Naib Canselor UUMCOB yang juga Dekan IBS UUM berkata penganjuran dialog ini mencerminkan komitmen STF dan IBS dalam memperluaskan jaringan kolaborasi industri-akademia selaras dengan aspirasi universiti untuk memperkasa penyelidikan dan pemindahan ilmu kepada masyarakat. Program ini turut membuka ruang perbincangan mengenai pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), latihan industri, konsultansi profesional dan pembangunan produk kewangan Islam yang lebih inklusif.
#socialtakafulfund
#stfeducationalempowerment
#stfcommunityengagement