HACK@IPT di IPG Kampus Darul Aman Jitra

📍 IPG Kampus Darul Aman Jitra, Kedah | 📅 17 May 2026  65 kali dibaca.

Hari Celik Kewangan (HACK) merupakan inisiatif Social Takaful Fund sejak tahun 2025 bagi meningkatkan tahap literasi kewangan di kalangan masyarakat. HACK yang mendapat sokongan institusi kewangan memfokus pendedahan literasi kewangan kepada peserta dari institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah dan komuniti. 

 

Untuk tahun 2026, STF bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam penganjuran HACK di 12 IPT di Kedah dan Perlis dengan sasaran penglibatan seramai 4,000 peserta. Ini melibatkan ceramah kewangan dan perancangan persaraan, pameran, permainan interaktif serta pendaftaran takaful dan akaun i-Saraan KWSP.

 

Siri 1 HACK@IPT telah dijalankan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darul Aman Jitra pada 17 Mei 2026 yang melibatkan penyertaan 212 pelajar tahun akhir jurusan pendidikan. Program meliputi sesi ceramah oleh Dr. Amirul Haqeem Abd Ghani, Pensyarah IBS bertajuk “Perancangan Kewangan Peribadi – Gaji Pertama & Waspada Scam” dan disusuli dengan sesi ceramah perancangan persaraan oleh Puan Noorfazira  Pegawai KWSP Alor Setar.

 

En Mohd Saharudin, Pensyarah IBS merangkap pengarah program menyatakan penganjuran HACK@IPT  membuktikan peranan berterusan Social Takaful Fund dan Islamic Business School - IBS UUM COB dalam memperluas kerjasama strategik bersama institusi kewangan seperti KWSP menerusi penganjuran program bagi memastikan kesejahteraan sosial dan kewangan masyarakat.

 

#socialtakafulfund

#stfeducationalempowerment

 

 

Anda adalah pengunjung yang ke-563 bulan ini dan pengunjung ke-4002 keseluruhan.

 📨 Hantar Aduan