📍 Masjid Ibnu Sina Kg Tradisi, Changlun, Kedah |
📅 25 Apr 2026
46 kali dibaca.
Sukarelawan Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB UUM terus memperkukuh peranan universiti dalam pembangunan komuniti menerusi penganjuran program 'brisk walk' dan program gotong-royong di Masjid Ibnu Sina Kg Tradisi Changlun pada 25 April 2026. Ia merupakan antara modul pembangunan sukarelawan dalam memastikan agenda kesejahteraan masyarakat dapat dilaksanakan secara mampan dan berimpak tinggi.
Program yang bermula dengan aktiviti 'brisk walk' pada awal pagi di Changlun melibatkan penyertaan 50 orang sukarelawan STF. Ia bertujuan memupuk amalan gaya hidup sihat yang menjadi aspirasi UUM dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga sihat, berdisiplin dan berdaya tahan.
Usai aktiviti 'brisk walk', para sukarelawan meneruskan program gotong-royong di Masjid Ibnu Sina Kg Tradisi Changlun. Program yang turut mendapat sokongan dari ahli jawatankuasa masjid ini juga melibatkan pembersihan kawasan ruangan solat dan kawasan persekitaran masjid serta menyusun kemudahan solat bagi memastikan keselesaan jemaah.
En Mohd Saharudin Shakrani, pensyarah IBS UUM selaku pengarah program menjelaskan aktiviti ini menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara sukarelawan dan komuniti setempat. Sukarelawan STF IBS UUM bukan sahaja menyumbang tenaga dalam menjayakan program kebajikan, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan sosial, pendidikan kewangan Islam dan pembentukan modal insan berkualiti.
#socialtakafulfund
#stfcommunityengagement
#stfeducationalempowerment