📍 Champ Retreat Kontena Stay Changlun, Kedah |
📅 24 May 2026
52 kali dibaca.
Program Sukarelawan Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB yang berlangsung pada 24 hingga 25 April 2026 di Champ Retreat Kontena Stay Changlun berjaya mencapai matlamatnya dalam mengeratkan kerjasama dalam kalangan sukarelawan, di samping mengasah kemahiran insaniah dan membentuk jati diri yang kukuh.
Prof. Dr Selamah Maamor, Penolong Naib Canselor UUMCOB dalam ucapan perasmiannya, menegaskan penganjuran program ini sejajar dengan aspirasi Dana Sosial Takaful dalam melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik, tetapi juga mempunyai kepekaan sosial yang tinggi serta komitmen terhadap khidmat masyarakat. Usaha ini dilihat sebagai satu inisiatif penting dalam membina generasi pelajar yang berdaya tahan dan berintegriti.
En Mohd Saharudin Sharani, Pensyarah IBS UUM yang merupakan pengarah program menjelaskan bahawa program ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif penganjurannya, malah turut menyumbang kepada pembentukan mahasiswa yang lebih berdaya saing, berkemahiran dan berjiwa masyarakat.
Para peserta menyatakan bahawa pengalaman sepanjang program ini amat bermakna dan memberi impak positif terhadap pembangunan diri mereka. Mereka berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam aktiviti sukarelawan.
#socialtakafulfund
#stfeducationalempowerment
#stfcommunityengagement