500 Peserta Sertai WHealth Care 2026 dan Do-It Fest 4.0

📍 Perkarangan Parkir Pasaraya CMart Changlun | 📅 09 Jun 2026  32 kali dibaca.

Social Takaful Fund Islamic Business School - IBS UUM COB dan Institut Penyelidikan dan inovasi Zakat (IPIZ), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Program WHealth Care 2026 dan Do-It Fest 4.0 meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan literasi kewangan dan penjagaan kesihatan secara holistik di perkarangan Pasaraya CMart Changlun pada 9 Jun 2026.

Program melibatkan aktiviti Do-It Fun Walk, Finance Trivia Challenge, Pertandingan Debat, Booth Literasi Kewangan, Pertandingan Mewarna, serta gerai makanan yang memeriahkan suasana festival, selain saringan kesihatan percuma bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan pengesanan awal penyakit. Selain itu, reruai literasi kewangan yang disediakan telah memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan kewangan, perancangan kewangan Islam, perlindungan takaful serta amalan kewangan yang lestari.

Pengarah Program, Prof. Madya Dr. Norazlina Abd. Wahab berkata, penganjuran WHealth Care 2026 dan Do-It Fest 4.0 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, khususnya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan literasi kewangan dan penjagaan kesihatan. Penyertaan lebih 500 peserta membuktikan bahawa program berasaskan komuniti yang menggabungkan elemen pendidikan, kesihatan dan aktiviti rekreasi mampu menarik minat masyarakat serta memberi impak yang positif.

Program ini mendapat kerjasama CMart Changlun, Cooperative Digital Experts (Codex) Kedah Berhad, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Pusat Kesihatan Changlun serta pelbagai agensi lagi. Komitmen semua pihak membuktikan bahawa sinergi antara universiti, agensi kerajaan dan sektor industri mampu menghasilkan impak yang lebih besar kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

#socialtakafulfund

#stfcommunityengagement

#stfeducationalempowerment

Anda adalah pengunjung yang ke-563 bulan ini dan pengunjung ke-4002 keseluruhan.

 📨 Hantar Aduan