Institusi Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) UUM merupakan institusi yang bertanggungjawab membimbing usahawan dari kalangan orang awam mahupun pelajar UUM dalam bidang perniagaan. Pelbagai aktiviti yang melibatkan usahawan telah dijalankan oleh CEDI sejak sekian lama sehingga menerima pengiktirafan dari pelbagai pihak samada di peringkat nasional mahupun luar negara. Pengalaman CEDI dalam menguruskan aktiviti keusahawanan menjadi pendorong kepada Dana Sosial Takaful menjalinkan kerjasama dalam membangunkan bersama aktiviti keusahawan sosial.
Sehubungan itu, Dana Sosial Takaful telah mengadakan lawatan ke pejabat CEDI pada 9 Oktober 2024 bagi meneroka kerjasama dalam bidang keusahawanan sosial. Pertemuan ini dipengerusikan oleh PM Dr Shazida Jan Pengarah CEDI bersama timbalan pengarahnya.
Beberapa inisiatif melibatkan pelajar telah dibincangkan dan perkongsian sumber yang terdapat di kedua institusi akan dimanfaatkan bersama untuk memperkasakan aktiviti keusahawanan sosial. Pada masa yang sama delegasi juga berkesempatan meninjau kemudahan di bilik podcast keusahawan CEDI yang mempromosikan aktiviti keusahawanan dan perniagaan yang dijalankan oleh pelajar.
#makmaldatasosial
#socialtakafulfund
#IBSUUM
#CEDIUUM
#FWDTakaful