Literasi kewangan merupakan asas kemahiran yang perlu dimiliki supaya seseorang bijak mengurus kewangan serta mampu meningkatkan kekayaan dan ekonomi diri dan keluarga. Sehubungan itu Social Takaful Fund (STF) dan Islamic Business School (IBS) menganjurkan Karnival Kewangan Islam dan Pengurusan Halal 2025 di FELCRA Lubuk Sireh, Perlis pada 20 November 2025.
Program yang dirasmikan oleh Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin Pengerusi Lembaga Pengarah FWD Takaful merangkap Prof Adjung IBS UUM dihadiri oleh 400 peserta yang terdiri dari warga FELCRA Lubuk Sireh dan pelajar serta staf UUM. Karnival ini menghimpunkan 12 agensi dalam memberi kesedaran kewangan seperti simpanan, pelaburan, takaful dan persaraan. Dana Sosial Takaful tampil sebagai penganjur utama karnival ini di samping mengadakan permainan interaktif kewangan kepada peserta karnival.
Pelbagai pameran serta taklimat diadakan dengan penyertaan dari agensi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, ASNB, YAPEIM , PTPTN, RHB Bank, RHB Investment Bank dan YAWATIM. Ia turut disertai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (Jualan Rahmah & Pameran), Kementerian Kesihatan (Pemeriksaan Kesihatan), Jabatan Agama Islam Perlis (Pameran Halal) serta CelcomDigi (Promosi Simkad) dalam karnival ini. Menerusi program ini juga kesedaran literasi kewangan dapat disebarluaskan ke FELCRA dan peserta dapat mengambil manfaat dari penglibatan pelbagai agensi yang berkaitan dengan perancangan kewangan.
#socialtakafulfund
#stfcommunityengagement
#stfeducationalempowerment