Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM dengan kerjasama Social Takaful Fund telah menganjurkan Simposium Antarabangsa Kewangan Sosial Islam (ISF2025) pada 28-29 Oktober 2025. Program yang menghimpunkan 150 orang peserta yang terdiri dari ahli akademik, pihak industri, pelajar dan usahawan ini dilansungkan di EDC Hotel dan Resort Sintok Kedah.
Peserta berpeluang menimba pengalaman dari 6 sesi ucaptama yang menampilkan Puan Dafinah Ahmed Hilmi (Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank), Prof Dr Selamah Maamor (Dekan IBS UUM) Ustaz Mohamad Suhaidi Saad (Ketua Pegawai Agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah) dan Tn Hj Abdul Rashid Chema (Pengerusi Koperasi Ibn Affan Thailand) yang menyentuh tentang bidang masing-masing.
Peserta juga berpeluang menimba ilmu usahawan dari penceramah selebriti Ustaz Firdaus Farabib dan Ieza Yusof @ Mak Jerung yang mendedahkan pengalaman luas mereka menguruskan perniagaan serta pada masa yang sama menyebarluas manfaat perniagaan kepada masyarakat.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada peserta dalam memastikan kesejahteraan masyarakat menerusi integrasi kewangan sosial Islam dan pembangunan komuniti.
#socialtakafulfund
#stfeducationalempowerment
#stfcommunityengagement