Kewangan sosial merupakan inisatif kewangan komprehensif yang bukan sahaja melihat kepada faktor kewangan semata-mata namun menekankan juga pembangunan seimbang dalam sesebuah masyarakat. Usaha murni ini perlu digerakkan secara bersama pelbagai pihak bagi memastikan impak kewangan sosial dapat dirasai oleh sebahagian besar masyarakat. Sehubungan itu bagi memastikan keberkesanan program kewangan sosial yang dijalankan, Dana Sosial Takaful memperluaskan kerjasama dengan institusi pengajian lain dalam bersama-sama membawa misi kewangan sosialnya.
Pada 10 Oktober 2024, Dana Sosial Takaful menerima lawatan dari Politeknik Seberang Perai yang diketuai oleh Ketua Jabatan Perdagangan dan 4 pensyarah pengiring. Pertemuan yang berlangsung dipengerusikan oleh PM Dr Norazlina Abd Wahab Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) memfokus kepada kerjasama strategik UUM dan Politeknik dalam projek kewangan sosial yang akan dijalankan menerusi Dan Sosial Takaful.
Beberapa inisatif dalam membantu usahawan dan menyebarluas kesedaran takaful telah dirangka menerusi perkongsian kepakaran dan sumber yang dimiliki oleh kedua institusi ini. Semoga inisatif kewangan sosial yang diperjuangkan dapat melahirkan masyarakat yang celik literasi kewangan.
#makmaldatasosial
#socialtakafulfund
#IBSUUM
#PoliteknikSeberangPerai
#FWDTakaful