Program Sukarelawan IBS-STF yang berlangsung tiga (3) hari bermula pada 29 Februari sehingga 2 Mac 2024 turut menerapkan sikap cintai alam sekitar melalui aktiviti plogging di sekitar Sungai Angkat, Ulu Legong Baling.
Seramai hampir 20 orang peserta terlibat termasuk sukarelawan dan fasilitator dari kalangan pensyarah IBS. Setiap kumpulan diberikan plastik sampah dan perjalanan bermula dari Pusat Rekreasi Air Panas, Ulu Legong ke Sungai Angkat yang berjarak hampir 450 meter.
Sepanjang perjalanan setiap peserta mengutip sampah yang boleh dikitar semula seperti plastik, botol, kertas dan sebagainya sehinggalah ke kawasan Sungai Angkat.
Program yang bermula jam 3.00 petang berakhir pada jam 6.00 petang ini diketuai oleh En. Saharudin Shakrani dan Dr. Muhamad Abrar Bahaman iaitu fasilitator dan penyelidik geran STF ini.
Rata-rata peserta amat teruja dan berbesar hati kerana berpeluang membersihkan persekitaran sungai ini. Mereka juga mengharapkan agar program sebegini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.