ISF2023 Platform Memperkasa Kewangan Sosial Islam
Institute Shariah Governance and Islamic Finance (ISGaIF) Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM telah menganjurkan International Islamic Social Finance Symposium (ISF 2023) pada 24 Oktober 2023 bertempat di Hotel Raia Alor Setar Kedah.
Program menerusi inisatif Dana Sosial Takaful ini telah menghimpunkan seramai 10 orang pembentang serta 130 orang peserta dan dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM Prof Dr Russayani Ismail. Ia kemudian disusuli dengan ucaptama Ketua Pegawai Pengedaran FWD Takaful, Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi dengan tajuk ‘Islamic Social Finance Towards Sustainable Development of Ummah: Takaful Lens’.
Dengan tema ‘Strengthening Islamic Social Finance Towards Sustainable Development of Ummah’ ISF2023 telah menjadi platform kepada ahli akademik dan pengamal kewangan untuk berkongsi pengalaman serta pengetahuan tentang amalan dan inovasi dalam memperkasakan kewangan sosial Islam.