Social Takaful Fund (STF) ISGaIF Pusat Pengajian Perniagaan Islam telah menganjurkan program Bengkel Media Sosial Siri 1.0 pada 15 Ogos 2023 di Bilik Latihan FWD Takaful IBS. Program ini bertujuan mendedahkan 20 orang peserta tentang teknik pemasaran media sosial serta bagaimana kebolehlihatan program ditingkatkan menerusi platform ini. Bengkel dikendalikan oleh Dr Azahar Kasim, Timbalan Pengarah Pemasaran dan Promosi, Jabatan Canselori UUM memfokus kepada penggunaan Facebook, Tiktok dan Instagram dalam mempromosikan program STF dan penyampaian berita yang berkesan kepada masyarakat umum.