4 Teras Utama Dana Sosial Takaful

Dana Sosial Takaful ditubuhkan pada tahun 2023 dengan misi meningkatkan kesejahteraan sosial setiap individu menerusi takaful. Ia merupakan kerjasama antara FWD Takaful Berhad dan Universiti Utara Malaysia (UUM), sebanyak RM15 juta endowmen telah diperuntukkan untuk projek ini.

Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM diberi tanggungjawab menjayakan misi ini menerusi aktiviti penyelidikan, perundingan serta projek komuniti yang dijalankan. Ia menekankan kepada penganjuran pelbagai aktiviti yang memfokus kepada kewangan inklusif seperti perancangan kewangan Islam dan takaful kepada golongan yang terpinggir dari sistem kewangan semasa.

Empat teras utama Dana Sosial Takaful adalah Program Jangkauan Komuniti, Pemerkasaan Pendidikan, Makmal Data Sosial Takaful dan Subsidi Caruman Takaful.

4 Teras Utama Dana Sosial Takaful

Empat teras utama yang menjadi tunjang pelaksanaan STF

Program Jangkauan Komuniti

Penganjuran program jangkauan komuniti yang berpusat pada celik kewangan, perkhidmatan pro-bono, perundingan perancangan kewangan Islam serta mempromosi mikrotakaful dan produk segmen kurang upaya.

Program bagi menyantuni komuniti samada di kampus, sekolah, bandar mahupun pinggir bandar. Fokus utama adalah memastikan setiap individu mendapat peluang yang sama dalam memperolehi kesejahteraan kewangan menerusi takaful.

Pemerkasaan Pendidikan

Penawaran biasiswa, anugerah dan/atau program pembangunan kepada pelajar & masyarakat bagi melahirkan pemimpin takaful masa hadapan. Program yang dibangunkan khusus untuk membentuk pelajar & mahasiswa yang cemerlang dari sudut akademik dan sahsiah.

Makmal Data Sosial Takaful

One Stop Centre bagi mengumpul dan menganalisis data daripada program Dana Sosial Takaful bagi penambahbaikan berterusan takaful serta pembangunan dan pengedaran produk segmen kurang upaya.

Makmal ini berperanan mengumpul dan menganalisa data berkaitan takaful serta aktiviti Dana Sosial Takaful dalam usaha penambahbaikan perkhidmatan takaful dan penganjuran aktiviti Dana Sosial Takaful di masa hadapan.

Subsidi Caruman Takaful

Pemberian subsidi sumbangan takaful kepada peserta yang kurang berkemampuan untuk produk mikrotakaful dan produk takaful kurang upaya. Projek kerjasama antara UUM dan FWD Takaful dalam memastikan kesejahteraan kewangan menerusi perlindungan takaful.

Hampir RM600,000 diperuntukkan setiap tahun untuk program Subsidi Caruman Takaful kepada golongan yang kurang berkemampuan bagi mereka mendapat perlindungan takaful untuk diri dan keluarga mereka. Peserta yang layak bakal memperolehi bantuan caruman takaful bagi produk FWD Kasih dan FWD SpecialCare Direct