Program tahunan Do It Fest kerjasama UUM dan FWD Takaful sejak tahun 2022 mempunyai misi besar literasi kewangan. Ia bertujuan menyampaikan konten kewangan dalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk konvensional (kelas) dan dalam bentuk interaktif serta santai.
Sehubungan itu, Do It Fest 2024 kembali untuk tahun ini bagi mendedahkan warga kampus dan masyarakat awam mengenai pengurusan kewangan dengan penglibatan pelbagai institusi dan agensi. Ia melibatkan kerjasama antaranya FWD Takaful (perancangan takaful), KWSP (perancangan persaraan), Public Gold & ASNB (pelaburan), SSPN (perancangan pendidikan), Lembaga Zakat Negeri Kedah (zakat) dan lain-lain agensi. Hampir 700 peserta mendapat banyak manafaat dari kempen dan penerangan yang disampaikan oleh agensi terlibat.
Pelbagai jenis permainan kewangan, ceramah kewangan serta pameran dari institusi kewangan telah diadakan di perkarangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM. Program Minggu Literasi Kewangan pada 10-11 Disember 2024 sempena Do It Fest 2024 berjaya memberi kesedaran perancangan persaraan dan kesedaran pelaburan unit amanah kepada peserta. Hampir 250 ahli KWSP baru yang terdiri dari staf dan pelajar didaftarkan semasa program ini yang kebanyakannya adalah yang melabur secara sukarela dalam KWSP dan 80 peserta yang mendaftar dan mengemaskini akaun pelaburan di kaunter ASNB. Pada masa yang sama UUM bekerjasama dengan KWSP untuk melancarkan Kad Touch n Go edisi khas UUM-KWSP bagi menggalakkan ramai lagi warga kampus dan masyarakat awam membuat perancangan persaraan.
#socialtakafulfund
#ibsuum
#FWDTakaful
#stfcommunityoutreach
#stfstudentempowerment