Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga Alor Setar merupakan sekolah kurang murid yang terletak di tengah bandar Alor Setar. Dengan jumlah keseluruhan murid kurang dari 200 orang, adalah menjadi cabaran besar buat tenaga pengajar di sekolah berkenaan membentuk murid dengan majoriti pelajar terdiri dari keluarga berpendapatan rendah serta kekurangan dari segi fasiliti dan sokongan kewangan.
Sehubungan itu Dana Sosial Takaful , Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) mengambil inisatif mengadakan Bengkel Kepimpinan dan Literasi Kewangan untuk 54 pelajar sekolah berkenaan di kampus UUM pada 9 hingga 11 Disember 2024. Program yang diadakan pada Minggu Literasi Kewangan mendedahkan pelajar mengenai kepimpinan dan ilmu kewangan. Para pelajar juga dibawa ke pameran dan permainan kewangan yang diadakan sempena Do It Fest 2024. Pelajar menginap di Inasis Bank Rakyat UUM serta dibawa melawat Perpustakaan UUM dan Muzium Pengurusan dan Anjung Tamu UUM bagi merasai pengalaman berada dalam kampus.
Para pelajar memberi respon yang baik dalam program ini dan kebanyakan mereka bermotivasi menyambung pengajian di UUM pada masa akan datang hasil dari penganjuran program ini.
#socialtakafulfund
#ibsuum
#FWDTakaful
#stfstudentempowerment